Pada 1 Oktober 2011, saya telah
berusaha mencari maklumat-maklumat tentang keadilan sosial. Dengan itu, saya
telah pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat-maklumat tambahan lagi
dengan meminjam beberapa buku lagi sebagai rujukan dalam penulisan saya. Selain
itu, saya perlu menbaca buku-buku tersebut dan cuba memahami intipati yang
berkaitan keadilan dulu dalam buku-buku tersebut kerana ia dapat membantu saya
dalam menulis penulisan ini.
Selepas itu, maklumat-maklumat yang
dicari oleh saya perlu mengumpulkan dan cuba menyusun balik semulanya supaya
perkara ini dapat memudahkan menulis penulisan saya. Pertama, saya perlu
mengumpulkan maklumat tentang makna keadilan sosial dari aspek-aspek tokoh sama
ada orang yang terkenal dalam penulisan buku. Saya juga perlu mendapat maklumat
dari laman web untuk menambahbaikkan makna yang dalam penulisan saya. Oleh
sebab itu, saya perlu menggunakan tempoh masa yang panjang untuk menyediakan
maklumat-maklumat tersebut dalam memperbaikikan penulisan saya. Dalam proses saya
mencari dan menyediakan bahan-bahan rujukan dalam penulisan ini, ia sangat
susah dan perlu masa sangat panjang. Dalam penulisan saya, saya perlu cuba
mencari bahan tentang hak-hak manusia dan kenapanya dapat membantu kita supaya
selalu adil terhadap semua kaum tanpa mengira warna kulit kita dalam
masyarakat.
Bahan-bahan ini sangat penting
terhadap kita kerana hak-hak manusia ini dapat membantu kita untuk bebas
melakukan sesuatu perkara sama ada berkumpul, bercakap dan lain-lainnya.
Bahan-bahan juga perlu berkaitan dengan aspek pendidikan, perkhidmatan
pengangkutan awam dan lain-lain. Dengan dua objektif saya, saya perlu cuba
berkaitan dua-dua perkara ini dengan menggabungkannya dan cuba menerangkan
situasi yang akan dihadapi oleh kita dalam masyarakat sekarang. Dengan keadaan
ini, saya perlu mengatakan pendapat saya dan menggabungkan dengan pakar-pakar
pendapat dalam penulisan saya kerana saya ingin mengatakan ada sedikit tidak
keadilan dalam masyarakat sama ada dalam tempatan atau antarabangsa.
No comments:
Post a Comment