Friday, 2 December 2011

blog5


            Pada masa mencari dan menyediakan bahan tentang keadilan sosial, saya mengalami banyak rintangan dalam penulisan saya kerana saya tidak dapat menggunakan bahan penulisan untuk menitik dalam tajuk saya. Dalam proses ini, saya perlu menyusun balik semula dengan bahan-bahan penulisan saya supaya proses ini dapat memudahkan saya menulis penulisan saya. Dengan sebab itu, tempoh masa yang digunakan dalam penulisan akan menjadi lebih cepat dan teratur untuk menyiapkannya.

            Proses yang menggunakan tempoh masa paling panjang dalam keseluruhan proses untuk menulis penulisan, iaitu proses penyusunan semula bahan penulisan yang telah dikumpulkan dalam tempoh masa ini. Langkah pertama yang terdapat dalam proses penyusunan bahan penulisan ialah saya perlu mencari bahan tentang makna keadilan sosial dahulu, saya juga perlu menggabungkan idea dan pendapat sendiri untuk mewujudkan pendapat tersendiri dalam menulis penulisan ini. Saya juga perlu memahami apa isi-isi yang telah dikandungkan dalam buku-buku rujukan supaya mudah menulis penulisan saya. Langkah keduanya dalam proses ini paling susah dan keliru kerana saya perlu membezakan dan mengkategorikan isi-isi dan idea-idea yang terdapat dalam buku-buku rujukan yang telah dipinjamkan di perpustakaan dan bahan-bahan dari laman web. Saya perlu mengkategorikan isi-isi tersebut kepada pelbagai jenis isi supaya saya mempunyai banyak isi untuk menulis penulisan saya. Langkah lainnya ialah saya perlu menggabungkan semua idea tersendiri dengan isi-isi yang telah dikumpulkan untuk penulisan ini apabila penyusunan bahan penulisan telah tamat. Dengan sebab ini, saya dapat satu hala tuju tentang penulisan keadilan sosial supaya saya mengetahui bagaimana saya menggunakan bahan-bahan tersebut dan dapat memperkembangkan isi-isi tersebut dalam penulisan ini. Saya berusaha memperbaiki bahasa dan isi-isi dalam penulisan saya supaya saya dapat menghasilkan penulisan yang berkualiti. 

No comments:

Post a Comment