Saturday, 22 October 2011

blog 3


Sebelum  minggu  ke  4  dan  pra-penulisan  rangka  tugasan  pertama  saya, saya  telah  merancang  bagaimana  nak  bermula  mencari  maklumat  saya  yang  berkaitan  tema  adil  dan  bagaimana  saya  melaksanakannya  mengikut  pelan  saya  sahaja. Pertama  kali, saya  pergi  ke  perpustakaan  UUM  untuk  melayari  laman  web  OPAC  apabila  saya  telah  menpunyai  pandangan  yang  jelas  dan  satu  arah  ke  tajuk  saya, iaitu  keadilan  sosial. Dalam  perpustakaan  itu, pertama  kali, saya  pergi  ke  paras  3  dan  menggunakan  komputer  perpustakaan  melayari  laman  web  OPAC  untuk  mencari  buku-buku  yang  saya  ingin  pinjam  tetapi  saya  gagal  mencarinya. Selepas  seminggu  itu, saya  pergi  ke  perpustakaan  tersebut  sekali  lagi  untuk  mencari  buku-buku  yang  saya  ingin  pinjam, akhirnya  saya  dapat  mencari  buku-buku  itu, iaitu  “Keadilan  Sosial”  dan  “Justice  Social  and  Justice  Criminal”. Selain  itu, saya  tidak  meminjam  buku-buku  yang  banyak  balik  untuk  menjadi  rujukan  kerana  saya  tidak  ada  banyak  masa  luangan  dalam  membaca  dan  cuba  memahaminya. Selain  sebab  itu, saya  tidak  dapat  mencari  buku-buku  yang  banyak  dalam  masa  pendek  kerana  tempat  meletakkan  buku-buku  tidak  sama  dan  mungkin  orang  lain  mengambil  buku-buku  tersebut  membaca. 

            Selain  langkah  itu, saya  juga  melayari  laman  web  untuk  mencari  maklumat  yang  berkaitan  tema  keadilan  sosial. Dalam  cara  ini, saya  mendapat  banyak  maklumat  tentang  keadilan  sosial  seperti  apa  maksud  keadilan  sosial, konsepnya  dan  lain-lain. Saya  sudah  menggunakan  beberapa  laman  web  maklumat   sebagai  satu  rujukan. Dalam  pencarian  maklumat  di  laman  web, saya  selalu  mengalami  laman  web  berhenti  dan  tidak  dapat  “bergerak”  mungkin  kerana  banyak  orang  menggunakan  sistem  wireless  internet  di dewan  penginapan  pelajar  saya. Pada  masa  itu, saya  berasa  tertekan  kerana  maklumat  yang  saya  ingin  mencari  tidak  dapat  cari. Dalam  proses  ini, saya  berasa  sangat  susah  dan  memerlukan  banyak  teknik  mencari  maklumat  yang  berkaitan  keadilan  sosial  agar  saya  tidak  membazirkan  banyak  masa  yang  berharga  itu. 

No comments:

Post a Comment