Friday, 2 December 2011

falasi


            Pada 23 Oktober 2011, pensyarah kita sudah memberi satu tugasan kepada kita untuk mengetahui tentang memahami dan membezakan bentuk serta jenis falasi. Saya perlu membaca dan cuba untuk memahami falasi dalam penulisan daripada Max Shulman, iaitu “Love Is a Fallacy”. Saya telah melayari laman web untuk mencari makna dan jenis yang dalam falasi. Selepas itu, saya memahami falasi  adalah elemen di dalam argumen yang menpengaruhi logikal berfikir sehingga mengakibatkan suatu diskusi atau perdebatan menjadi tak objektif dan tak sah secara keseluruhan. Oleh sebab itu, falasi ialah kesalahan yang sering berlaku dalam hujahan dan bermula diteliti oleh Aristotles pada awal tahun. Falasi ini boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu, falasi formal dan falasi informal.

            Dalam penulisan “Love Is a Fallacy”,  saya mendapati falasi informal dan  biasanya dikesan dalam hujah-hujah yang berbentuk induktif. Falasi ini dapat dikesan dalam kandungan hujahan tersebut tetapi keadaan ini berlaku apabila premis yang digunakan adalah betul tetapi kesimpulannya salah.

Jenis-jenis logical falasi yang terdapat dalam penulisan ini, iaitu:

1)    generalisasi yang tidak sah/ Dicto Simliciter

-Bersenam baik. Oleh itu, semua orang mesti bersenam. Kesimpulannya bersenam boleh membina badan. Argumen ini betul bagi semua orang tetapi bagi seseorang ada penyakit badan seperti sakit jantung, bersenam buruk. Kesimpulan ini dibuat dengan tidak menyeluruh kerana kesimpulan ini hanya bergantung perhatian terhadap kebanyakan orang sahaja.

2)    generalisasi terburu-buru

-Awak boleh bertutur bahasa Perancis, saya tidak boleh bertutur bahasa Perancis, Peter Burch tidak boleh bertutur bahasa Perancis. Kesimpulannya dalam universiti, semua orang tidak boleh bertutur bahasa Perancis. Kesimpulan ini dibuat dengan terlalu cepat dan terlalu sikit bukti untuk menambah ketepatan membuat kesimpulan ini.

3)    panggilan nama ( Poisoning the well or ad Hominem)

-Dua orang berdebat. Orang pertama cakap lawannya ialah seorang pembohong yang terkenal. Awak tidak boleh mempercayai kata-kata lawannya. Kesimpulan ini dibuat dengan tidak adil kepada orang kedua untuk berdebat kerana orang pertama tidak memberi peluang untuk kepada orang lain berdebat dengannya.

4)    appeal to pity ( Ad Misericordiam)

-Seorang lelaki dewasa memohon kerja. Apabila ketua mereka tanya dia tentang kelayakannya, dia memaklum balas dengan mempunyai satu isteri dan anak-anak tetapi keluarganya tidak dapat makan dan isterinya tidak dapat membantu dalam keluarga.

5)    ad populem

-Kita tahu kita boleh bergantung terhadap awak, orang murah hati dalam Amerika. Kita tidak mahu orang-orang dengan mereka dengan idea yang mementingkan diri, adakah kita macam ini? 

6)    bandwagon appeal

-Semua orang membuat kereta. Tiada seseorang mahu melepaskan peluang untuk mendapatkannya. Selepas itu, bagaimanakah mereka untuk menaik atas kereta itu, adakah salah atau betul?

7)    Testimonial

-George Wahington membuat satu titik untuk menjadi sebagai seorang senator x. Ia adalah benda Kristian yang membuatnya,kerana seperti Jesus cakap,…..

8)    hypothesis contrary to fact

- Bas express berhenti beroperasi pada masa 1987. Ia mengalami satu kegagalan. Buktinya kerana kereta api telah ganti bas express, oleh itu, ia tidak diperlukan.

9)    faulty cause and effect

-saya selalu lupa bawa payung dan ia berhujan, oleh itu, saya yang menyebabkan ia hujan kerana tinggalkan payung saya di rumah dan saya menjamin hari yang bagus dengan membawa payung.

10) false analogy

-Pelajar diizinkan menduduki peperiksaan dengan buku teks. Pembedahan perlu x-rays untuk membantu mereka dalam operasinya. Peguam perlu bukti untuk mereka membela atau mendakwa seseorang. Kesimpulannya ini dibuat dengan argumen salah.

 11) either-or

 -Bolehkah kame dapat seseorang senator yang kacak dan bisu atau seseorang itu hodoh dan pandai.

12) begging the question

-Dalam demokrasi negara, semua orang bebas kerana demokrasi adalah negara yang bebas.

blog5


            Pada masa mencari dan menyediakan bahan tentang keadilan sosial, saya mengalami banyak rintangan dalam penulisan saya kerana saya tidak dapat menggunakan bahan penulisan untuk menitik dalam tajuk saya. Dalam proses ini, saya perlu menyusun balik semula dengan bahan-bahan penulisan saya supaya proses ini dapat memudahkan saya menulis penulisan saya. Dengan sebab itu, tempoh masa yang digunakan dalam penulisan akan menjadi lebih cepat dan teratur untuk menyiapkannya.

            Proses yang menggunakan tempoh masa paling panjang dalam keseluruhan proses untuk menulis penulisan, iaitu proses penyusunan semula bahan penulisan yang telah dikumpulkan dalam tempoh masa ini. Langkah pertama yang terdapat dalam proses penyusunan bahan penulisan ialah saya perlu mencari bahan tentang makna keadilan sosial dahulu, saya juga perlu menggabungkan idea dan pendapat sendiri untuk mewujudkan pendapat tersendiri dalam menulis penulisan ini. Saya juga perlu memahami apa isi-isi yang telah dikandungkan dalam buku-buku rujukan supaya mudah menulis penulisan saya. Langkah keduanya dalam proses ini paling susah dan keliru kerana saya perlu membezakan dan mengkategorikan isi-isi dan idea-idea yang terdapat dalam buku-buku rujukan yang telah dipinjamkan di perpustakaan dan bahan-bahan dari laman web. Saya perlu mengkategorikan isi-isi tersebut kepada pelbagai jenis isi supaya saya mempunyai banyak isi untuk menulis penulisan saya. Langkah lainnya ialah saya perlu menggabungkan semua idea tersendiri dengan isi-isi yang telah dikumpulkan untuk penulisan ini apabila penyusunan bahan penulisan telah tamat. Dengan sebab ini, saya dapat satu hala tuju tentang penulisan keadilan sosial supaya saya mengetahui bagaimana saya menggunakan bahan-bahan tersebut dan dapat memperkembangkan isi-isi tersebut dalam penulisan ini. Saya berusaha memperbaiki bahasa dan isi-isi dalam penulisan saya supaya saya dapat menghasilkan penulisan yang berkualiti. 

blog4


            Pada 1 Oktober 2011, saya telah berusaha mencari maklumat-maklumat tentang keadilan sosial. Dengan itu, saya telah pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat-maklumat tambahan lagi dengan meminjam beberapa buku lagi sebagai rujukan dalam penulisan saya. Selain itu, saya perlu menbaca buku-buku tersebut dan cuba memahami intipati yang berkaitan keadilan dulu dalam buku-buku tersebut kerana ia dapat membantu saya dalam menulis penulisan ini.

            Selepas itu, maklumat-maklumat yang dicari oleh saya perlu mengumpulkan dan cuba menyusun balik semulanya supaya perkara ini dapat memudahkan menulis penulisan saya. Pertama, saya perlu mengumpulkan maklumat tentang makna keadilan sosial dari aspek-aspek tokoh sama ada orang yang terkenal dalam penulisan buku. Saya juga perlu mendapat maklumat dari laman web untuk menambahbaikkan makna yang dalam penulisan saya. Oleh sebab itu, saya perlu menggunakan tempoh masa yang panjang untuk menyediakan maklumat-maklumat tersebut dalam memperbaikikan penulisan saya. Dalam proses saya mencari dan menyediakan bahan-bahan rujukan dalam penulisan ini, ia sangat susah dan perlu masa sangat panjang. Dalam penulisan saya, saya perlu cuba mencari bahan tentang hak-hak manusia dan kenapanya dapat membantu kita supaya selalu adil terhadap semua kaum tanpa mengira warna kulit kita dalam masyarakat.

            Bahan-bahan ini sangat penting terhadap kita kerana hak-hak manusia ini dapat membantu kita untuk bebas melakukan sesuatu perkara sama ada berkumpul, bercakap dan lain-lainnya. Bahan-bahan juga perlu berkaitan dengan aspek pendidikan, perkhidmatan pengangkutan awam dan lain-lain. Dengan dua objektif saya, saya perlu cuba berkaitan dua-dua perkara ini dengan menggabungkannya dan cuba menerangkan situasi yang akan dihadapi oleh kita dalam masyarakat sekarang. Dengan keadaan ini, saya perlu mengatakan pendapat saya dan menggabungkan dengan pakar-pakar pendapat dalam penulisan saya kerana saya ingin mengatakan ada sedikit tidak keadilan dalam masyarakat sama ada dalam tempatan atau antarabangsa.