Saturday, 22 October 2011

blog 3


Sebelum  minggu  ke  4  dan  pra-penulisan  rangka  tugasan  pertama  saya, saya  telah  merancang  bagaimana  nak  bermula  mencari  maklumat  saya  yang  berkaitan  tema  adil  dan  bagaimana  saya  melaksanakannya  mengikut  pelan  saya  sahaja. Pertama  kali, saya  pergi  ke  perpustakaan  UUM  untuk  melayari  laman  web  OPAC  apabila  saya  telah  menpunyai  pandangan  yang  jelas  dan  satu  arah  ke  tajuk  saya, iaitu  keadilan  sosial. Dalam  perpustakaan  itu, pertama  kali, saya  pergi  ke  paras  3  dan  menggunakan  komputer  perpustakaan  melayari  laman  web  OPAC  untuk  mencari  buku-buku  yang  saya  ingin  pinjam  tetapi  saya  gagal  mencarinya. Selepas  seminggu  itu, saya  pergi  ke  perpustakaan  tersebut  sekali  lagi  untuk  mencari  buku-buku  yang  saya  ingin  pinjam, akhirnya  saya  dapat  mencari  buku-buku  itu, iaitu  “Keadilan  Sosial”  dan  “Justice  Social  and  Justice  Criminal”. Selain  itu, saya  tidak  meminjam  buku-buku  yang  banyak  balik  untuk  menjadi  rujukan  kerana  saya  tidak  ada  banyak  masa  luangan  dalam  membaca  dan  cuba  memahaminya. Selain  sebab  itu, saya  tidak  dapat  mencari  buku-buku  yang  banyak  dalam  masa  pendek  kerana  tempat  meletakkan  buku-buku  tidak  sama  dan  mungkin  orang  lain  mengambil  buku-buku  tersebut  membaca. 

            Selain  langkah  itu, saya  juga  melayari  laman  web  untuk  mencari  maklumat  yang  berkaitan  tema  keadilan  sosial. Dalam  cara  ini, saya  mendapat  banyak  maklumat  tentang  keadilan  sosial  seperti  apa  maksud  keadilan  sosial, konsepnya  dan  lain-lain. Saya  sudah  menggunakan  beberapa  laman  web  maklumat   sebagai  satu  rujukan. Dalam  pencarian  maklumat  di  laman  web, saya  selalu  mengalami  laman  web  berhenti  dan  tidak  dapat  “bergerak”  mungkin  kerana  banyak  orang  menggunakan  sistem  wireless  internet  di dewan  penginapan  pelajar  saya. Pada  masa  itu, saya  berasa  tertekan  kerana  maklumat  yang  saya  ingin  mencari  tidak  dapat  cari. Dalam  proses  ini, saya  berasa  sangat  susah  dan  memerlukan  banyak  teknik  mencari  maklumat  yang  berkaitan  keadilan  sosial  agar  saya  tidak  membazirkan  banyak  masa  yang  berharga  itu. 

blog 2


Pada  20 Oktober 2011, saya  berasa  kesempitan  dalam  fikiran  sekarang  kerana  saya  belum  memahami  konsep  dan  makna  tentang  keadilan  sosial  dan  pensyarah  juga  memberi  maklum  balas  kepada  saya  tentang  isi-isi  saya  terlalu  banyak  dan  ada  yang  tidak  kaitan. Dalam  proses  pra-penulisan  tugasan  ini, saya  perlu  mencari  maklunat  yang  berkaitan  keadilan  sosial  dahulu, baru  saya  mendapat  sedikit  idea  atau  sedikit  konsep  tentangnya. Dalam  masalah  ini, saya  berasa  sedikit  tertekan  tentang  penulisan  saya  kerana  nak  hantar  draf  kasar  ini  pada  minggu  7. Oleh  sebab  itu, saya  mesti  memikirkan  sesuatu  idea  faktor  yang  boleh  membawa  keadilan  sosial  dengan  cepat  supaya  dapat  menulis  pra-penulisan  saya  dan  boleh  hantar  tepat  pada  masa. Saya  melayari  laman  web  untuk  mencari  maksud  dan  sedikit  konsep  keadilan  sosial  agar  saya  mempunyai  satu  panduan  untuk  menulis  penulisan  ini. Selain  itu, saya  juga  mencari  dua  buah  buku  yang  berkaitan  tajuk  yang  saya  pilih  supaya  saya  sendiri  dapat  memahami  lebih  banyak  tema  adil  ini.

            Saya  bermula  melihat  balik  rangka  tugasan  saya  dulu  dan  saya  cuba  mengimbas  balik  apa  yang saya  telah  tulis  pada  tugasan  pertama  saya. Selepas  itu, saya  mempunyai  sedikit  idea  menulis  penulisan  saya  tetapi  saya  cuma  tidak  tahu  bagaimana  mengembangkan  isi-isi  saya  sekarang. Oleh  sebab  itu, saya  perlu  meluangkan  masa  yang  banyak  dalam  menulis  pra-penulisan  ini  supaya  saya  dapat  menghasilkan  karya  itu  dengan  baik. Selepas  itu, saya  melihat  penulisan  saya  balik, saya  mendapati  penulisan  saya  ada  salah  mengguna  perkataan, ayat  yang  tidak  begitu  lancar  dan  teliti  serta  ayat-ayat  dalam  rangkap  ada  sedikit  tidak  “harmoni”. Selain  itu, saya  juga  mendapati  maklumat  yang  dirujuk  tidak  cukup  dalam  penulisan  saya  kerana  maklumat  dari  laman  web  dan  buku  itu  ada  sedikit  boleh  dijadikan  panduan  penulisan  sahaja. Oleh  sebab  itu, saya  tidak  dapat  menulis  penulisan  tersebut  dengan  baik  dan  lancar  kerana  bahasa  Melayu  saya  lemah  jadi  saya  tidak  dapat  menguasai  dan  menggunakan  maklumat  yang  saya  dapati. Saya  melihat  dan  membaca  penulisan  saya  beberapa  kali  tetapi  saya  tidak  dapat  idea  untuk  membuat  pembetulan  dan  pengubahan  ayat-ayat  penulisan  saya.